JENIS MAKANAN TRADISIONAL CINA
KUIH BULAN
Sejenis kuih manisan yang saangat cantik dan kebiasaannya di sediakan sempena pesta Tanglung yang berlangsung pertengahan bulan 8 dalam keleder LUNAR.Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah sumber mengatakan ianya disediakan ketika perayaan musim luruh bentuknya datang dalam bentuk bulat ataupun bersegi.
YEE SANG
Yeeng sang terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang berwarna-warni dan perbagai tekstur .ianya merupakan simbolik majmuk yang cukup penting dalam masyarakat cina untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sahabat andai.Dalam hal ini, penting kerana makanan ini sangat popular dalam menu makanan utama mereka dalam sambutan perayaan tahun baru cina.
TANG YUAN
Sekali tengok ianya seperti kuih puteri mandi kerana kebiasaanya di hidang di dalam mangkuk dan merupakan bebola beras pulut berkuahkan manisan.Kebiasaanya di negara cina menu ini dimakan semasa musim sejuk pada bulan Disember.
DIM SUM
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum teh") adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.Bukan itu sahaja, ibu bapa Cina juga suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka. Sesetengah orang membawa surat khabar dengan mereka dan membincang berita dengan keluarga mereka. Sesetengah kedai makan Cina memberikan potongan harga pada menu hidangan yang dibeli sebelum 11:00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2:00 petang untuk menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari.
CHAR KOAY TEOW
Pasti anda tidak menyangka bahawa Char Koay Teow merupakan masakan tradisional cina yang telah menjadi sebutan dan digemari ramai terutamanya di negara kita. Masakan tradisional cina yang diperbuat daripada mee beras rata dan dihidangkan dengan kerang, udang, telur dan pelbagai isi lagi ini telah mula dijual oleh petani dan nelayan untuk menjana pendapatan mereka pada zaman dahulu. Oleh sebab masakan tradisional cina ini kaya dengan protein, fiber dan pelbagai zat lagi, ia dahulunya dihidangkan kepada buruh yang memerlukan tenaga untuk bekerja. Taugeh dan sayur-sayur menambahkan lagi rasa char koay teow ini supaya lebih sedap dan lazat dimakan.
BAK CHANG
Makanan masakan tradisional cina yang berbungkus ini diperbuat daripada beras pulut, inti pula diperbuat daripada kacang tanah. Kuih berbalut ini sangat terkenal ketika Perayaan Duan Wu dan daun-daun yang digunakan untuk membalut Bak Chang ini mempunyai sejarahnya.Menurut lagenda, terdapat seorang raja iaitu Quan Yu yang telah membunuh diri kerana tertekan dengna kejatuhan negaranya dan dibuang daerah. Beliau melompat ke dalam Sungai Mi Lou dan mayatnya tidak dijumpai. Rakyat berasa sangat sedih dan melemparkan bak chang ke dalam sungai tersebut supaya ikan atau haiwan-haiwan di dalam sungai itu tidak mengganggu mayatnya. Sejak itu, bak chang menjadi symbol untuk memperingati kejadian dahulu. Jom kita cuba makanan sejarah ini!
JIAOZI
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete